Latar belakang Krisis_politik_Thailand_2013–2014

Kerajaan Yingluck berkuasa selepas menang besar dalam pilihan raya Thailand 2011. Parti Pheu Thai pimpinan Yingluck menang majoriti dan mendapat kuasa untuk membentuk kerajaan. Yingluck adalah adik bekas Perdana Menteri Thaksin dan Parti Pheu Thai. Thaksin, yang digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006 hidup dalam buangan bagi mengelak sabitan rasuah 2008. Namun beliau masih mendapat sokongan popular di kalangan rakyat Thailand luar bandar dan golongan miskin di bandar. Keluarga Shinawatra amat dihormati di timur laut kerana mendapat keuntungan dasar Thaksinomics.

Cadangan pengampunan dan pindaan perlembagaan telah dibahaskan oleh Dewan Rakyat semasa Perdana Menteri Yingluck tetapi di ditentang oleh Parti Demokrat. Pada bulan Ogos 2013, Parti Pheu Thai rang undang-undang pengampunan. Protes jalanan anti-Thaksin dilancarkan bagi menggulingkan "Thaksinisme" gagal mendapatkan momentum.

Jawatankuasa setuju draf undang-undang pengampunan disemak semula pada 18 Oktober 2013.Rang undang-undang asdalnya untuk membebaskan penunjuk perasaan awam, tetapi tidak termasuk pemimpin kerajaan dan tentera. Draf ini dituduh sebagai "pengampunan selimut " yang akhirnya membebaskan tuduhan rasuah terhadap Thaksin serta caj pembunuhan dibuat terhadap Abhisit dan Suthep.

Pada 4 November 2013, pelbagai bantahan berlaku sepanjang jalan raya Bangkok dan juga di beberapa bandar. Beberapa universiti dan organisasi mengeluarkan kenyataan mengutuk rang undang-undang. Undian bebas yang dijalankan antara 11 dan 13 November melaporkan bahawa majoriti orang-orang Thai yang dikaji mahu bantahan berakhir.

Akhirnya Yingluck menggesa Senat mengutamakan kepentingan rakyat. Pemimpin Pheu Thai Party juga berjanji untuk tidak menghidupkan semula rang undang-undang itu atau mana-mana bil pengampunan, jika ia telah ditolak oleh Senat. Senat kemudiannya mengundi dan menolak undang-undang pengampunan itu pada 11 November 2013.

Ketegangan politik juga terctus apabila Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengesahkan kedaulatan Kemboja ke atas sebahagian Kuil Preah Vihear. Tetapi isu sempadan kekal tenang.

Walaupun rang undang-undang pengampunan telah digugurkan, bantahan di Bangkok berjalan terus. Suthep dan lapan orang anggota Demokrat meletakkan jawatan mereka di parlimen untuk memimpin protes bantahan awam. Yingluck dan kerajaan dituduh menjadi proksi bagi pihak Thaksin. Bantahan terdiri daripada beberapa kumpulan, termasuk Pergerakan Suthep, kumpulan Hijau Politik, Rangkaian Pelajar dan Rakyat untuk Pembaharuan Thailand (NSPRT), PEFOT, Dhamma Tentera Darat, dan Hubungan Gabungan Negeri Perusahaan Pekerja. Penunjuk perasaan meniup wisel sebagai simbol bantahan mereka.

Rujukan

WikiPedia: Krisis_politik_Thailand_2013–2014 http://www.ctvnews.ca/video?clipId=273674 http://www.bangkokpost.com/news/local/389216/prote... http://www.bangkokpost.com/opinion/opinion/410014/... http://www.nationmultimedia.com/politics/Clashes-a... http://www.theguardian.com/world/2013/nov/11/thail... http://www.komchadluek.net/detail/20140522/185160.... http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-24997184 http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-25694630 https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:2013%E...